5eg3s5

PERHATIAN :-

Sila baca dengan teliti semua terma & syarat di bawah sebelum anda mendaftar secara rasmi di Smart Skill. Penting untuk anda tahu dan faham akan semua peraturan-peraturan yang telah ditetapkan untuk mengelakkan timbulnya sebarang isu yang boleh menjejaskan nama baik dan imej kami.

Pihak kami tidak akan teragak2 untuk mengenakan sebarang tindakan perundangan terhadap pelajar yang gagal mematuhi terma-terma dan syarat yang telah dinyatakan.

Sekian, terima kasih.


MAKLUMAN UMUM :-

1. Kuantiti pelajar di hadkan kepada 7 orang sahaja untuk setiap satu kelas / slot.

2. Semua peralatan jahitan, beg jahitan, buku nota dan lain-lain keperluan asas diberikan secara PERCUMA kepada setiap pelajar yang mendaftar secara pakej. Kain, kertas pola dan aksesori pakaian tidak disertakan. Pelajar perlu menyediakan keperluan tersebut sendiri. 

3. Pendaftaran bagi single paten TIDAK termasuk dengan peralatan dan kelengkapan lain.

4. Fasiliti yang lengkap & selesa (bakal-bakal pelajar digalakkan untuk datang terus ke Pusat Latihan kami sebelum mendaftar untuk sebarang pertanyaan / pendaftaran / melihat tempat belajar)

5. Pelajar diminta terus berhubung dengan tutor masing-masing atau pihak pentadbiran sekiranya mempunyai sebarang masalah. JANGAN sesekali mengadu kepada pihak yang tidak berkaitan bagi mengelakkan sebarang perselisihan maklumat.


TERMA DAN SYARAT KEHADIRAN :-

1. Kehadiran ke kelas adalah WAJIB.

2. Sila pastikan anda tahu dan dimaklumkan tempoh kelas anda dan pastikan anda tahu tarikh akhir kelas mengikut pakej yang diambil.

3. Sila maklumkan kepada tutor atau pihak pentadbiran sekiranya anda tidak dapat menghadiri kelas atas sebab-sebab kecemasan. Dapatkan segera tarikh kelas ganti.

4. Ketidakhadiran tanpa maklumkan tidak akan diberi kelas ganti.

5. Kelas ganti wajib dibuat sebelum tarikh tamat kelas anda.  Kelas yang gagal diganti sebelum tarikh tamat dikira hangus.

6. Pelajar dianggap tidak berminat atau berhenti sekiranya tidak hadir ke kelas selama 2x secara berturut-turut tanpa sebarang makluman kepada pihak kami.

7. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah dengan jadual kelas, sila berhubung terus dengan pihak pentadbiran. 

TERMA DAN SYARAT PEMBAYARAN :-

1. Yuran pendaftaran WAJIB dijelaskan semasa sesi pendaftaran kelas.

2. Bagi Pakej A, B, C, D dan E, yuran kelas boleh dijelaskan secara ansuran 2x mengikut jumlah yang telah ditetapkan.

3. YURAN PERTAMA WAJIB dijelaskan pada hari KELAS PERTAMA iaitu pada tarikh kelas pertama.

4. YURAN KEDUA WAJIB dijelaskan pada MINGGU KETIGA kelas iaitu pada tarikh kelas yang ke-enam.

5. Bagi Pakej Lengkap 1, Pakej Lengkap 2 dan BSP, yuran kelas boleh dijelaskan secara bulanan mengikut jumlah pembayaran yang telah ditetapkan.

6. YURAN PERTAMA WAJIB dijelaskan pada hari pertama kelas iaitu pada tarikh kelas yang pertama.

7. YURAN KEDUA dan seterusnya WAJIB dijelaskan mengikut tarikh kemasukan masing-masing.

8. Pelajar yang gagal menjelaskan yuran mengikut tarikh yang telah ditetapkan TIDAK DIBENARKAN BERADA DALAM KELAS SEHINGGA ANDA TELAH MENJELASKAN BAYARAN TUNGGAKAN YURAN ANDA.


TERMA DAN SYARAT PENGGUNAAN KEMUDAHAN :-

1. Sila jaga kebersihan dan kekemasan workstation masing-masing.

2. Tidak dibenarkan makan di dalam dan di kawasan kelas. Sila makan di pantry dan ditempat makan yang telah disediakan.

3. Sila pastikan anda memulangkan kembali peralatan-peralatan mesin yang telah dipinjam sebelum anda pulang. Kehilangan dan kecurian peralatan adalah tanggungjawab anda.

4. Sila pastikan suis mesin dimatikan sekiranya anda tidak menggunakan mesin.

5. Bagi pelajar yang membawa anak ke kelas, sila pastikan anak-anak anda tidak membuat bising yang boleh mengganggu perjalanan kelas.

6. Sila jaga kebersihan tandas. Pastikan anda meletakkan semula kunci tandas di tempatnya selepas anda menggunakan tandas.

7. Pembelian aksesori jahitan adalah secara TUNAI. Pastikan anda telah membuat bayaran sebelum anda guna.


TERMA DAN SYARAT PERMOHONAN PENANGGUHAN KELAS

1. Penangguhan kelas dibenarkan atas sebab-sebab kecemasan sahaja.

2. Pelajar yang menangguhkan kelas tidak dikenakan sebarang yuran tambahan. Hanya baki kelas wajib sahaja yang akan dibawa ke sesi akan datang.

3. Kemasukan semula adalah bergantung kepada kekosongan semasa. Pelajar WAJIB menghubungi kami sekurang-kurangnya 1 bulan lebih awal daripada tarikh dijangka masuk.

4. Pembayaran yuran adalah tertakluk kepada terma dan syarat pembayaran seperti yang telah ditetapkan.


TERMA DAN SYARAT PERMOHONAN BERHENTI KELAS :-

1. Pelajar dibenarkan berhenti lebih awal sekiranya anda mempunyai hal-hal kecemasan yang menyebabkan anda tidak dapat meneruskan kelas.

2. Pelajar yang memohon untuk berhenti adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut :-

a. Permohonan perlu dibuat secara BERTULIS.

b. Tiada pulangan yuran untuk pelajar yang berhenti sebelum tamat tempoh.

c. Pelajar diminta menjelaskan semua yuran tertunggak sebelum anda berhenti. Kegagalan untuk menjelaskan yuran tertunggak boleh dikenakan tindakan perundangan melalui peguam syarikat yang dilantik.


Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berhubung dengan terma dan syarat yang ditetapkan, sila hubungi kami di 03-4142 5521.